• yayasan@felda.net.my
  • +60326934224

Kasih Ramadhan

Start time 2019-04-19
Finished Time 2019-04-20
Address Sungai Siput
Speakers
Content

Program Kami Prihatin – Kasih Ramadhan telah berjaya dilaksanakan kerjasama Felda dan FGV pada 19-20 April 2019 bertempat di Rumah Anak Yatim Yayasan Nurul Ihsan, Kampung Talang Tengah, Sungai Siput Perak. Pemilihan Asrama AnakYatim Nurul Ihsan adalah terletak berhampiran dalam kawasan Felda dan ditadbir urus oleh anak peneroka Felda Lasah. Sebahagian besar penghuni rumah adalah terdiri daripada keluarga peneroka yang yatim, golongan asnaf dan tiada waris yang melibatkan penyertaan lebih 250 orang terdiri daripada 72 anak yatim, 80 pelajar Kolej Yayasan Felda, pengurusan dan kakitangan Felda Wilayah Trolak, Felda Lasah, kakitangan ibupejabat Felda, FGV, Kami Anak Felda (KAF), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Jawatankuasa Kemajuan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda dan Yayasan Felda.

Turut terlibat ialah pasukan Pemasaran Delima Oil Product (DOP) bersama ‘SAJI Mobile Truck’ dengan menyediakan minuman percuma kepada semua sukarelawan serta komuniti setempat semasa aktiviti gotong royong dan sukaneka. Bersempena program ini DOP turut mengadakan jualan produk SAJI diperkarangan masjid Felda Lasah dan mendapat sambutan yang menggalakkan dan semua produk hampir habis terjual.

Program berlangsung selama dua (2) hari di rumah kebajikan tersebut antara lain mendekati masyarakat khususnya menyalurkan bantuan kepada anak yatim dan asnaf. Pelbagai aktiviti telah diadakan  seperti gotong-royong membersih kawasan, asrama dan mengecat, sukaneka, kelas bahasa inggeris dan bengkel kemahiran serta penyampaian sumbangan.

Dengan penglibatan sumbangan dari semua warga kerja Kumpulan Felda dan FGV adalah diharapkan dapat membantu menambah dana yang diperlukan untuk program ini.  Selain itu kempen ini turut dipanjangkan kepada pelajar Kolej Yayasan Felda dan sayarikat-syarikat yang berkaitan dengan operasi Yayasan Felda

Daripada jumlah dana terkumpul tersebut, sebahagian digunakan untuk menyediakan sepersalinan lengkap pakaian hari raya. Dana lain yang diperolehi daripada pelajar telah diterjemahkan dengan penghasilan produk masakan (biskut) dari Kolej Yayasan Felda Pahang untuk dikongsi bersama anak-anak yatim dan jahitan langsir  dari Kolej yayasan Felda Negeri Sembilan untuk asrama rumah.

Perbelanjaan keseluruhan program ini adalah sebanyak RM26,000.00 yang dibiayai melalui sumbangan dan peruntukan Yayasan Felda. Manakala, Kumpulan FGV turut menyumbang RM10,000 dari sumber zakat.