• yayasan@felda.net.my
  • +60326934224

Majlis Penutupan Minggu Orientasi Pelajar Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan Sesi Januari 2021

Majlis Penutupan Minggu Orientasi Pelajar Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan Sesi Januari 2021

 

Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan Sesi Januari 2021

Minggu Orientasi Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan untuk sesi kali ini berjalan dengan lancar. Pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan dengan mengikut Standard Operating Procedure (S.O.P) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seramai 180 orang pelatih masuk mendaftar terdiri daripada Kursus Diploma Pentadbiran Fesyen dan Pakaian, Diploma Pengurusan Pentadbiran, Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 2 dan 3, Penyeliaan dan Jahitan Pakaian Lelaki Tahap 3, Pengurusan Pejabat Tahap 2 dan 3 serta Pembantu  Dialisis Tahap 1 dan 2.

Majlis penutup ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar Yayasan Felda, Tuan Haji Mohd. Banuri bin Aris,  Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Raja Alias, Encik Kamaruzaman bin Husin serta Ketua Penerokawati Wilayah Raja Alias, Puan Hajah Ramlah binti Jelani. Pihak Yayasan Felda merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sokongan berterusan Felda dalam menjayakan aktiviti yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares