• yayasan@felda.net.my
  • +60326934224

Ziarah Kasih

Ziarah Kasih

PROGRAM KAMI PRIHATIN – ZIARAH KASIH

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) DAERAH BENTONG

28 JUN 2019 (JUMAAT), PPDK CERIA

Program Kami Prihatin Yayasan Felda – Ziarah Kasih ini telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Aishah Moh Som, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Felda.  Program ataupun sumbangan kebajikan yang dianjurkan oleh Yayasan Felda adalah bagi melaksanakan tanggunjawab sosial Kumpulan Felda dan FGV serta Yayasan Felda untuk mendekatkan dengan warga luar dalam menyampaikan mesej keperihatinan Kumpulan Felda kepada masyarakat.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri hari ini merupakan acara kemuncak bagi Program Ziarah Kasih Yayasan Felda ke tujuh (7) buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) daerah Bentong. 

Program ini melibatkan penyertaan Pengurusan Yayasan Felda yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Banuri Aris, Pengurus Besar Yayasan Felda, kakitangan serta pelajar-pelajar Kolej Yayasan Felda Pahang dengan membuat ziarah ke semua  PPDK. Antara pengisian program ini adalah aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersih dan mengemas,kawasan, bimbingan latihan kemahiran dan aktiviti yang bersesuaian dengan pelatih pusat berkaitan serta menyediakan, memasak dan menghidang semua juadah secara bergotong-royong pada majlis hari ini.

Aktiviti seumpama ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan pelajar kolej yang terlibat dengan pengalaman dan pengetahuan baru disamping menerapkan perasaan empati terhadap anak-anak pelatih PDK.  Program Ziarah kasih ini akan berterusan selama setahun dimana selepas ini Kakitangan dan pelajar Kolej Yayasan Felda akan membuat lawatan berkala ke semua PDK untuk bersama-sama pelatih menjalankan aktiviti.

Program-program seumpama ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan Yayasan Felda selari dengan misinya untuk menambah nilai untuk kepentingan warganegara Malaysia. Program ini telah mendapat kerjasama JKM Daerah Bentong, Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga. 

Yayasan Felda telah memperuntukan RM22,000 untuk program Ziarah Kasih  ini selain sumbangan dari Kumpulan FGV Holdings Berhad sebanyak RM21,000 kepada tujuh (7) PPDK yang terlibat.

 

shares